Minsoon Star lancar Mercedes-Benz Autohaus baharu di Seremban, pelaburan lebih RM20 juta

737

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan Minsoon Star Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Minsoon Credit Corporation (M) Sdn Bhd) melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Seremban, Negeri Sembilan.

Cawangan Autohaus baharu itu menampilkan konsep pengalaman mewah terkini jenama itu kepada pelanggannya. Minsoon Star, yang memulakan operasi di lokasi baharu sejak Julai 2022 dengan jumlah pelaburan lebih RM20 juta, menawarkan pelbagai jenis kenderaan termasuk C-Class dan Mercedes-EQ terkini. 

Ia juga mempunyai kawasan khusus untuk kenderaan Mercedes-Benz Pra-Milik Diperakui, turut tersedia pengecas pantas EV. Ia menjadikannya lokasi yang sesuai untuk kenderaan EV memandu ke utara atau ke selatan untuk mengecas kenderaan mereka.



Lokasi mudah diakses dari Lebuhraya Plus

Lokasinya sangat strategik di Seremban 2 dengan akses pantas dan mudah dari Lebuhraya Plus. Minsoon Star Seremban Autohaus turut dirancang menjadi pusat servis 4S menjelang 2023. 

Buat masa ini, ia memiliki bilik pameran berkeluasan lebih 13,149 kaki persegi dengan 10 kereta dipamerkan dengan kemudahan mewah seperti butik aksesori dan koleksi Star Lounge dan Mercedes-Benz Luxury. Butik gaya hidup menawarkan rangkaian aksesori, pakaian, cermin mata hitam yang bergaya, jam tangan dan banyak lagi.

Minsoon Star mempunyai kawasan servis hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kawasan binaannya, menjangkau lebih 17,431 kaki persegi dengan kapasiti servis maksimum sehingga 700 kereta sebulan.

Perkhidmatan lain turut ditawarkan membabitkan Servis Ekspres 2.0; tempahan servis ke tempat pelanggan dan hantar dan pergi; bantuan kecemasan dan tepi jalan 24 jam; penjajaran dan pengimbangan roda; diagnosis dan pembaikan elektrik; mengecat; tinted cermin serta tuntutan insurans dan waranti .

Sementara itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia & Ketua Wilayah, Asia Tenggara II, Sagree Sardien berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Minsoon Star atas Autohaus baharu mereka.

“Kami terus bekerjasama dengan rakan kongsi pengedar kami untuk mengembangkan kehadiran konsep runcit mewah jenama sambil memastikan jangkaan, keperluan dan permintaan pelanggan kami dipenuhi,” katanya.

Pengedar Mercedes-Benz sejak 1968

Untuk makluman, Minsoon Star Sdn Bhd adalah satu-satunya pengedar Jualan dan Perkhidmatan Mercedes-Benz yang sah di Negeri Sembilan sejak 1968.

Minsoon Star Sdn Bhd terletak di No. 336, Jalan Haruan 2, Oakland Industrial Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk pertanyaan, tempahan atau temu janji, sila hubungi 06-851 2882 atau e-mel ke enquiries@minsoon.com.

Galari Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here