SUKE: Tumpahan minyak, pihak pengurusan akan tanggung kos cuci

1034

Pihak kontraktor dan bahagian projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sedia menanggung kos cuci kenderaan pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang terkesan akibat tumpahan minyak.

Menerusi ciapan di akaun Twitter Suke Expressway menyatakan pihaknya menyesali atas masalah yang dihadapi dan menerima beberapa aduan daripada pengguna MRR2 berkaitan tumpahan minyak di tapak pembinaan berhampiran Bandar Tasik Selatan, semalam.



“Terima kasih atas maklum balas anda dan kami komited dalam memastikan pembinaan baki jajaran SUKE yang masih belum siap dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pihak kontraktor dan Bahagian Projek Lebuhraya SUKE telah berhubung dengan mereka yang terlibat dan menanggung kos mencuci dan menggilap kenderaan yang terbabit.

“Kami memohon agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk menghubungi kami melalui hotline atau email untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya. 

Terdahulu, seorang pengguna Facebook kecewa apabila kereta Proton Persona miliknya terkena tumpahan minyak yang didakwa berpunca dari laluan Suke.

“Baru lepas lalu jalan MRR2, habis kereta kena minyak tumpah dari Lebuh Raya Bertingkat Suke, akhirnya lewat masuk kerja, punca betul,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here