MotoGP Sepang: Hafizh mulakan perlumbaan di petak terakhir

934

Bermula dari kedudukan 23 , itulah kemampuan pelumba negara Hafizh Syahrin pada perlumbaan MotoGP Sepang, esok. Beraksi dalam keadaan litar yang basah selepas dilanda hujan, itu merupakan satu peluang kepada beliau yang terkenal dengan kemahiran beraksi dalam hujan.

Namun kesempatan tersebut tidak digunakan atau adakah hafizh masih dilanda kesakitan akibat kemalangan di Philip Island minggu lepas.Beraksi di gelanggang sendiri adalah satu kelebihan buat mana-mana pelumba,apatah lagi dengan sokongan padu dari peminat tempatan.



Pusingan kelayakan 1 yang berlangsung pada petang Sabtu, Hafizh hanya mampu mencatat masa terkumpul terbaik 2minit 16.825 saat.

 

Franco Morbidelli yang akan beraksi bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang MotoGP bagi musim 2019 berada di kedudukan 19 dan akan memulakan perlumbaan hanya sebaris di hadapan Hafizh.

Namun lain kisahnya bagi Johann Zarco, cemerlang dalam sesi kelayakan apabila berjaya menduduki petak ke dua keseluruhan untuk memulakan perlumbaan di barisan paling hadapan bersama-sama Marc Marquez dan Valentino Rossi.

Diharapkan hafizh bakal membuat kejutan esok.Peminat MotoGP di Malaysia tidak rela gelaran Rookie Of The Year terlepas dari genggaman pelumba kesayangan mereka. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here