Tempahan Toyota Camry 2019 telah dibuka

1312

UMW Toyota Motor sudah pun membuka tempahan bagi pembelian Toyota Camry 2019 baharu bermula 1 November lalu.

Toyota Camry baharu ini dibangunkan menggunakan Toyota New Global Architecture (TNGA) yang dapat berikan prestasi pemanduan yang lebih baik. Hal ini dapat dicapai dengan pengunaan teknologi tinggi dan terkini pada jentera itu.

Camry 2019
Camry 2019

Camry baharu ini dilengkapi dengan sistem Toyota Safety Sense yang impresif. Ia dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti sistem pra-pelanggaran,kepekaan ketibaan lorong dengan bantuan stereng, radar dinamik kawalan kelajuan dan lampu tinggi automatik



Selain itu ia juga hadir dengan tujuh beg udara, pemantauan titik buta dengan kepekaan trafik lintasan belakang. Disamping itu ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan bantuan mula mendaki, pengesan parkir hadapan/belakang dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Camry baharu ini hadir dengan 5 warna pilihan yang menarik iaitu Red Mica, Platinum White Pearl Mica, Silver Metallic, Graphite Metallic dan Burning Black CS GF.

Harga Toyota Camry baharu ini bermula daripada RM 189,900 di atas jalan tanpa insurans dan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Kunjungi Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 di Malaysia International Trade Center (MITEC) bermula daripada 23 November sehingga 3 Disember untuk alami sendiri pengalaman pemanduan dengan Toyota Camry.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here