Tiada subsidi petrol bagi kereta mewah 1500 cc dan ke bawah

1101

Kerajaan tegaskan bahawa kereta mewah tidak akan menerima subsidi petrol Ron 95 walaupun mempunyai kapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kajian sedang dibuat mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol berkenaan.

Ia dijangka akan berkuat kuasa suku kedua tahun depan bagi memberi manfaat melangkaui golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Subsidi Petrol RON 95
Subsidi Petrol RON 95

“Kita nak kaji macam mana kita boleh perluaskan supaya kita tidak hanya hadkan kepada B40. Tetapi yang saya ingin tegaskan yang pakai kereta mewah jangan harap. Itu kita tidak akan berikan,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.



Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM2 billion bagi memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian. Ianya bagi kapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. Terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Langkah ini dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Bon Samurai

Mengenai Bon Samurai, Lim berkata kerajaan merancang menggunakan hasil daripada bon itu bagi membiayai semula atau menggantikan pinjaman sedia ada yang didominasi asing dan bagi projek pembangunan. 

“Kami akan membincangkan dan memutuskan perkara itu kemudian nanti dan ia akan dilakukan sebelum Mac (tahun depan),” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Lim mengumumkan tawaran Kerajaan Jepun untuk menjamin sehingga lebih kurang RM7.4 bilion untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun pada kadar kupon 0.65 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here