Kebanyakan kereta mewah zaman sekarang tidak tahan lasak?

3443

Bila bercakap tentang kereta mewah, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tahap tahan lasak kereta itu.

Semakin mahal harga kereta, semakin tidak tahan lasak kereta itu. Betulkah apa yang dikatakan itu?

Dalam video daripada Engineering Explained ini, Jason Fenske membincangkan hal ini dan menerangkan kenapa hal seperti ini tidak begitu diambil berat oleh pemilik kereta mewah.

Fenske menerangkan hal ini sewaktu dia memandu kereta Mercedes-Benz S560 Cabriolet. Ia merupakan jentera mewah yang dilengkapi dengan teknologi tinggi dan ciri-ciri kelas atas. Jentera yang dipilih oleh Fenske ini merupakan satu pilihan tepat untuk membincangkan isu ini.



Sebagai contoh kereta ini dilengkapi dengan sistem kawalan suhu yang dilaras secara automatik mengikut keadaan cuaca. Ia juga dilengkapi dengan sensor kualiti udara yang memastikan udara didalam kabin selesa dan selamat untuk penumpang.

Hanya untuk sistem pengawalan suhu itu sahaja, ia menggunakan 18 sensor actuator untuk memastikan keselesaan kabin. Semua itu tidak lagi termasuk dengan jumlah sensor, actuator, wayar, fius dan elemen lain yang digunakan pada sistem lain pada kereta itu.

Dengan jumlah ciri-ciri pengawalan dan ciri-ciri boleh laras yang banyak, ia boleh menyumbang kepada kerosakan yang tinggi pada sistem kereta.

Namun selalunya perkara ini tidak akan terjadi pada tahun-tahun pertama penggunaan kereta dan tidak menjadi masalah kepada pemilik kereta mewah. Ini kerana kebanyakkan pemilik kereta mewah zaman sekarang hanya menggunakan kereta mereka selama dua atau tiga tahun sebelum mereka jual dan beli kereta baru.

Fenske menyimpulkan satu kesimpulan bahawa pereka cipta kereta mewah pada zaman sekarang hanya menumpukan jualan kepada pemilik yang ingin gunakan kereta dalam tempoh yang singkat.

Jadi kereta mungkin akan mengalami kerosakan ketika pemilik yang kedua atau ketiga menggunakannya. Siapa orang yang pertama memiliki kereta itu tidak begitu penting.

Ini kerana masalah yang mungkin akan timbul pada kereta hanya akan berlaku kepada pemilik kedua atau ketiga. Seterusnya hal ini akan menyebabkan jentera itu mengalami susut nilai dalam jumlah yang sangat besar.

Tonton video ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada Jason Fenske dari Engineering Explained.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here