HAFIZH SYAHRIN : Tidak hampakan peminat MotoGP Tanah Air

1375

Tabik spring untuk anak muda dari Malaysia ini. Bermula dari petak terakhir,tidak bermakna akan menamatkan perlumbaan di tempat terakhir.

Membanggakan! persembahan yang dipertontonkan oleh pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, berjaya memberikan satu kejutan pada penonton di Litar Sepang dalam perlumbaan motoGp hari ini.

Hafizh Syahrin



Dengan catatan masa keseluruhan 26 minit 919 saat,berbekalkan semangat “Malaysia Boleh”, dapat disaksikan seawal perlumbaan beliau telah berjaya memotong sebahagaian pelumba.

Hafizh berjaya mendapat 6 mata hasil dari perlumbaan dan kini mata keseluruhan adalah 40 mata bagi musim 2018. Sementara pencabar terdekat bagi gelaran “Rookie Of The Year” Franco Morbidelli pula yang berkedudukan tempat ke 12 telah berjaya mengumpul 4 mata.

Mungkin musim MotoGp 2018 tidak menyebelahi Hafizh Syahrin bagi merebut gelaran “Rookie Of The Year”. Ini kerana beza kutipan mata antara beliau dengan Morbidelli adalah 10 mata. Morbidelli kekal di tangga ke 14 dan Hafizh di tangga ke 16.

Teramat mustahil bagi Hafizh untuk memotong Morbidelli dengan hanya berbaki 1 perlumbaan di Valencia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here