Ducati Panigale V4 R 221 hp

1632

Ducati Panigale V4 R diperkenalkan  di acara istimewa yang diadakan di Pameran EICMA, Milan. Tahun lepas Ducati telah perkenalkan Panigale V4 S empat-silinder, 214 hp dengan 1103 cc.

Namun V4 S tidak boleh digunakan untuk berlumba kerana had cc yang dibenarkan untuk motosikal dengan empat-slinder hanya sehingga 1000 cc.

Ducati Panigale V4 R

Panigale V4 R 221 hp dengan 998cc ini mampu dilonjakkan kepada 231 hp dengan tambahan penggunaan ekzos Akrapovic yang boleh didapati daripada pengedar sah Ducati. Ini menjadikan ia motosikal paling berkuasa yang dibina oleh Ducati.



Jentera hebat ini dilengkapi dengan suspensi Ohlins, brek Brembo dan sistem elektronik enam-paksi daripada Bosch Inertial Measurement Unit.

Sistem suspensi Ohlins yang digunakan dapat membantu mengurangkan berat motosikal ini sebanyak dua kilogram berbanding Panigale V4 S.

Ducati Panigale V4 R

Manakala sistem elektronik yang digunakan pula dapat digunakan untuk mengawal kawalan wheelie, cornering ABS, kawalan pelancaran, kawalan cengkaman IMU-assisted serta kawalan gelongsor tayar belakang.

Ducati Panigale V4 R 221 ini turut dilengkapi dengan winglet namun ia tidak sah untuk digunakan pada MotoGP.

Sistem yang digunakan menjadikan ia antara motosikal tercanggih yang pernah dibina Ducati. V4 R ini bukan sahaja boleh digunakan di litar malah ia boleh digunakan di atas jalan raya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here