Porsche 935 1976 bernilai RM838,300 dilelong

972

Jentera Porsche 935 ini bakal dilelong melalui syarikat RM Sotheby diacara pembidaan di Muzium Automotif Petersen.

Jentera ini sebenarnya merupakan model Porsche 911 1976 yang diubah suai menggunakan pakej lumba 935 dan ia kekal dengan penampilan itu sehingga hari ini.

Porsche 911 yang diubah suai

Ia dihiasi dengan warna hijau metalik pada bahagian luar manakala dilengkapi dengan kelengkapan kulit berwarna hijau pada bahagian dalaman.



Apabila ia diserahkan kepada Kremer Racing, ia diubah suai dengan menggunakan pakej lumba 935.

Porsche 911 yang diubah suai

Selain itu, ia juga menerima badan kustom yang diperbuat daripada gentian kaca seakan model 935 sebenar.

Kremer juga memadankan bahagian dalaman jentera itu dengan panel pintu, karpet, papan pemuka yang berwarna hijau.

Akhir sekali, syarikat itu juga memasang sistem audio yang canggih pada ketika itu. Sistem audio yang dimaksudkan itu ialah sistem pemain kaset.

Bahagian dalaman Porsche 911

Walaupun telah diubah suai, namun masih terdapat ciri asal yang dikekalkan pada kenderaan itu seperti lampu kabus, tayar Pirelli dan penghawa dingin.

Ia menggunakan enjin 3.0 liter turbo flat-6 dengan transmisi manual 4-kelajuan. Jentera unik dan klasik daripada Porsche ini bakal dilelong dengan harga RM838,300 .

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here