BMW M3 E30 sentuhan magis Vilner

1669

Sebelum berakhirnya tahun 2018, pakar ubah suai Bulgaria iaitu Vilner membuat kejutan dengan menghasilkan model BMW M3 E30 dengan warna Imola Red II.

Jentera keluaran 1990 itu sebenarnya baru sahaja disiapkan sekali gus menjadi kereta sedan sporty yang ikonik dan turut menjadi buruan di Malaysia.



Apa yang membuatkan ia lebih unik ia dilengkapi dengan panel badan Evolution II yang sangat rare.

Cuma bahagian bampar hadapan yang tidak menggunakan komponen asal apabila dipadankan barangan gentian karbon. 

Bagaimanapun, jika menggunakan bampar asal ia lebih menarik kerana BMW hanya membina 500 unit spesifikasi Evolution.

Bagi memberi impak lebih menarik, jentera itu mengenakan rim 18 inci BBS dengan penutup merah bagi membuatkan ia lebih sepadan.

Bagi memberi magis yang menarik, Vilner memberi kejutan sebaik membuka pintunya. Ia menggunakan kerusi tartan dengan yang kelihatan cukup teruja dan menarik.

Sekali imbas, ia tampak seperti ruang dalaman Volkswagen Golf GTI klasik sekali gus kelihatan retro.

Vilner juga membalut stereng Momo dengan material kulit dan kerusi belakang dibuang untuk ditambah kerangka keselamatan.

Sebaik membuka bonet hadapan, enjin empat silinder sebaris ditukar rangkaian lebih besar 3.2 liter enam silinder sebaris daripada model M3 E36.

Enjin itu mampu menyalurkan 317hp dengan tork setinggi 350Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear lima kelajuan manual.

Berat jentera itu kini mencecah 1,200 kilogram dan ia menjadi kenderaan yang sangat menarik dan sukar ditemui.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here