Nissan GT-R edisi istimewa hasil kerjasama Naomi Osaka

1208

Nissan kini mendedahkan satu lagi model GT-R edisi istimewa yang direka dengan hasil kerjasama pemain tennis, Naomi Osaka.

Naomi baru sahaja dilantik menjadi duta syarikat itu pada musim luruh lalu. Kenderaan itu pula dibina hanya 50 unit sahaja yang mana ia dijual untuk pasaran Jepun.

Dalam pembikinan kenderaan itu, Naomi membantu pengeluar automotif berkenaan memilih warna luaran GT-R membabitkan Midnight Opal, Brilliant White dan Meteor Flake Black Pearl.



Jentera itu didatangkan dengan lampu brek LED dan dibelakangnya pula hadir dengan spoiler karbon, selain siri nombor plat khas pada enjin.

Bagaimanapun, harganya jentera itu akan diumumkan pada bulan hadapan.

Sementara itu, Nissan kini sedang membangunkan Nissan GT-R generasi baharu pada abad akan datang. Difahamkan ia menggunakan enjin 3.0-liter V6 yang hadir dengan motor elektrik sama ada satu atau lebih.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut berhubung prestasinya, namun ia sudah pasti menyalurkan 600hp.

Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here