Chevy Sonic kini dalam versi kereta lumba dan ia cukup laju!

2519

Dalam dunia perlumbaan kereta pada masa ini, melihatkan kepelbagaian jenis kenderaan yang diubah suai bagi menyertai perlumbaan.

Seperti jentera ini, ia mungkin kelihatan seperti kereta hatchback yang biasa, tetapi ia menerima sentuhan untuk perlumbaan dengan menggunakan enjin V8.



Ciptaan itu telah dipamerkan pada pameran Performance Racing Industry. Kereta berkenaan diperkenalkan oleh Pat Moro bersama kumpulan PMR Motorsports.

Butiran untuk Chevrolet Sonic dirahsiakan oleh PMR Motorsport. Pun begitu, umum mengetahui bahawa ia adalah enjn rekaan yang terdapat pada Chevrolet LS3.

Enjin LS3 yang merupakan satu daripada senjata utama Chevrolet turut digunakan pada Corvetto, Camaro dan Holden.

Enjin yang sama turut diguna pakai pada kereta Fast and Furious. Hanya pada harga $8,000, enjin LS3 yang mampu mencecah 430 bhp yang anda boleh dimiliki.

Selain menggunakan enjin yang menggagumkan, luarannya turut menerima sentuhan eksklusif yang melengkapkan lagi kesempurnaannya.

Pada kejuaraan tahun hadapan, dengan kerjasama kumpulan Moro, bakal mencabar Pocket-Rocket yang menyatakan persediaan awal dalam penyertaan di American Rally Association Series di Amerika Syarikat.

Setakat hari ini, kereta itu dibina bagi tujuan perlumbaan. Mungkin satu hari nanti ia boleh dijual pada umum. Nantikannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here