Camaro elektrik pertama 700hp

1258

Chevrolet buktikan kereta seperti model Camaro juga mempunyai tempat dalam dunia permotoran elektrik. Konsep eCOPO Camaro daripada Chevrolet itu dipamerkan di acara SEMA Las Vegas baru-baru ini.

Kereta konsep elektrik itu dikuasakan dengan motor elektrik yang mampu memjana kuasa lebih 700hp dan tork 813 Nm. Ia juga menonjolkan teknologi baharu yang boleh diguna pakai pada model-model Chevrolet tidak lama lagi.

Chevrolet eCOPO Camaro
Chevrolet eCOPO Camaro

Dibangunkan bersama kumpulan perintis perlumbaan drag kereta  elektrik iaitu Hancock and Lane Racing. Hancock and Lane Racing pernah membina kereta elektrik generasi keempat Pontiac Firebird 8.0-saat.



eCOPO Camaro itu juga mempamerkan aplikasi pertama bateri 800-volt dan sistem elektrik yang dibina oleh General Motors. Dengan penggunaan bateri 800 volt itu, masa pengecasan adalah lebih cepat yang mana ianya penting dalam perlumbaan drag.

Motor elektrik yang digunakan pada eCOPO Camaro itu adalah berdasarkan fabrikasi sepasang motor BorgWarner HVH 250-150. Ia menjana kuasa sebanyak 406 Nm pada setiap satu.

Empat bateri yang berkuasa sebanyak 200 volt setiap satu dan mempunyai berat lebih kurang 79 kilogram. Ia disusun secara strategik bagi pembahagian berat yang optimum kepada kereta.

Dua bateri diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, bateri ketiga di bahagian tayar ganti dan yang keempat dibahagian gandar belakang. Untuk meningkatkan ciri keselamatan, bateri itu diletakkan di dalam roll cage.

Chevrolet juga mempamerkan COPO Camaro 2019 sebagai memperingati tahun ke 50 sejak perlancaran perlumbaan dragnya yang pertama sewaktu acara di SEMA berlangsung.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here