Maksud warna berbeza pada tayar F1

4246

Musim Formula One 2019 bakal tiba dan kali ini Pirelli terangkan dengan cara yang mudah untuk memahami jenis tayar yang digunakan semasa Grand Prix. Syarikat tayar itu mengumumkan mereka bakal menggunakan sistem tiga-warna.

Warna yang digunakan ialah putih, kuning dan merah yang mewakili keras, sederhana keras dan lembut. Namun kini setiap warna akan mewakili lebih daripada satu jenis sebatian pada tayar. Manakala warna biru dan hijau masih menggunakan sebatian yang sama dan tidak berubah.

Sebatian asal masih digunakan pada ketiga-tiga tayar namun ia ditambah dengan sebatian lain mengikut warna tayar.



Jenis sebatian tayar yang berbeza digunakan bergantung kepada keadaan litar. Sebagai contoh, tayar merah yang digunakan di litar Monaco tidak akan sama dengan tayar merah yang digunakan di Silverstone.

Seperti biasa, Pirelli akan mengumumkan jenis sebatian yang diguna sebelum perlumbaan musim 2019. Syarikat itu juga menyatakan ianya akan memudahkan peminat dan penonton memahami maksud warna tayar yang digunakan.

Penonton boleh mengenal pasti dengan mudah jenis tayar dengan adanya sistem warna ini. Manakala peminat yang ingin tahu dengan lebih mendalam akan tahu jenis sebatian yang digunakan pada tayar di litar yang berbeza.

Syarikat itu bakal mendedahkan maklumat sebatian tayar ini pada bulan Disember akan datang. Orang awam juga boleh membeli tayar berwarna daripada Pirelli ini untuk kereta mereka walaupun tidak digunakan untuk berlumba.

Tahun lepas Pirelli mengeluarkan edisi tayar F1 menggunakan warna merah, kuning, perak dan putih. Sama-sama kita nantikan pendedahan sebatian yang digunakan pada tayar binaan Pirelli ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here