Ottimo lancar motosikal pertamanya dengan VIZ110, yang penting harganya memang menarik

2985

Ottimo Technologies Sdn Bhd (Ottimo), pengeluaran motosikal baharu di Malaysia melancarkan  jentera moped pertamanya menerusi VIZ110.

Biarpun ia jentera yang baharu di negara ini, penampilannya dan reka bentuknya sangat sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan.

Ini berikutan, orang di belakang tabir pembikinan motosikal itu sebenarnya individu yang berpengalaman dalam industri jentera roda di negara ini.



VIZ110 dikuasakan enjin SOHC empat lejang bersesaran 110cc dengan sejukkan udara . Ia dikatakan mampu menyalurkan 5.0kW pada 7,500rpm dan tork setinggi 6.9Nm pada 6,000rpm. Kuasa itu disalurkan ke kotak gear empat kelajuan.

Menariknya, ia turut dilengkapi dengan ciri moden seperti lampu isyarat LED dan paling penting didatangkan pengecas USB.

Jentara yang dipasang di Gurun, Kedah turut dipadankan paparan meter kelajuan yang jelas, dan sistem pencahayaan yang mematuhi ECE, selain di bawah tempat duduk mempunyai ruang untuk menyimpan barangan peribadi.

Bagi melengkapkan lagi cirinya, ia didatangkan dengan penghidup elektrik dan rim aloi ditambah dengan brek cakera depan untuk cengkaman yang lebih efisien.

Jentera itu disasarkan 300 unit sebulan dalam tahun pertama operasi dengan memberi tumpuan awal kepada wilayah utara. 

Ia untuk memastikan pelanggan mendapatkan khidmat lepas jualan dan bekalan alat ganti yang terbaik di samping aktiviti pemasaran yang berterusan kepada pengguna.

VIZ110 didatangkan dengan dua varian warna iaitu Syinta Merah dan Syantik Blue dengan konsep dua tona yang dijual pada harga RM4,288 tidak termasuk insurans. Namun, harga itu untuk 500 unit pertama.

Dalam memastikan pelanggan Ottimo mendapatkan perkhidmatan selepas jualan terbaik, ia mempunyai 61 pengedar di Kedah, Perlis Pulau Pinang dan Perak. Pada masa sama, syarikat itu juga membuka pusat 3S di bandar Sungai Petani pada Februari 2019.

Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here