Layan kereta Batmobile

1885

Ribuan peminat budaya pop membanjiri Pusat Konvensyen Sunway Pyramid untuk menghadiri Asia Comic Con (ACC) 2018 yang julung kalinya diadakan di negara ini selepas Thailand tahun lalu.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermulai 13 Julai lalu itu diadakan khusus untuk peminat meneroka zon unik. Seperti filem, komik, animasi, permainan video, rancangan bersiri dan cosplay.

Ia peluang keemasan kepada peminat menyaksikan budaya pop terkenal dari serata dunia di bawah satu bumbung selain bertemu watak kegemaran mereka.



Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung ialah sesi bergambar bersama prop bersaiz besar dan model daripada filem The Dark Knight batmobile.

Ini kerana mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan watak kegemaran selain melihat Tumbler dan Batpod iaitu kenderaan Batman The Dark Knight yang diminati ramai.

batmobile
Batmobile Malaysia

Karakter lain yang turut membuat kemunculan termasuk Predator, Ninja dan turut tidak ketinggalan kerusi legenda daripada X-Men, Magneto Chair.

Artis animasi lagenda dari Jepun, Nobuo Yamada (animasi Super Sentai dan Saint Seya) dan Chie Nakamaru (kartun Doremon) membuat penampilan khas di ACC 2018.

Pengerusi dan Pengarah Syarikat, 1 Hub Advertising Tan Mong Chon berkata. Beliau gembira kerana program besar itu dapat diadakan di negara ini seperti yang dirancang.

“Budaya pop di negara ini semakin berkembang dan jumlah peminatnya juga kian meningkat.

ACC ini mempunyai keunikan tersendiri dan menghimpun peminat budaya pop dari serata negara,” katanya.

Katanya, peminat pastinya teruja menyaksikan sendiri koleksi terhad, ‘memorabilia’ dan pameran unik daripada filem Marvel, DC serta Star Wars.

Jelasnya, gabungan aktiviti dan penampilan khas oleh selebriti terkenal akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada peminat.

Sumber Harian Metro

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here