Perkhidmatan Towing Untuk 3 Negara

3697

[P]ertolongan dikala kesusahan sesuatu yang didambakan terutama sekali melibatkan kenderaan. Majoriti dikalangan kita tidak mahir tentang enjin terutama bagi jentera 2 roda.

Kerap kita melihat kereta ditunda ke bengkel dan untuk mendapatkan perkhidmatan itu sangat cukup mudah. Bagaimana pula perkhidmatan tunda motosikal, adakah anda mengetahui kewujudannya.

Jadi bagi memudahkan anda, Motoqar berkongsi satu daripada perkhidmatan tunda motosikal yang ada di negara ini iaitu Big Bike Rescue Towing.



Big Bike Rescue Towing menawarkan perkhidmatan tunda motosikal di 3 negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.

Ia berperanan membantu pemilik kenderaan 2 roda yang mengalami kerosakan, kemalangan serta menghantar motosikal baru ke destinasi mengikut kemahuan pelanggan.

Anda juga tidak perlu risau apabila menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan daripada syarikat ini. Ini kerana kenderaan atau van tunda yang digunakan memenuhi semua syarat.

Kenderaan yang digunakan sudah didaftar dengan JPJ sebagai kenderaan pengangkut motosikal tanpa kira jenama atau saiz.

Pengguna tidak perlu risau ketika menggunakan perkhidmatan Big Bike Rescue Towing, ini kerana motosikal anda dilindungi insuran seandainya berlaku sesuatu kepada motosikal seperti kemalangan ketika menunda.

Malah, perkhidmatan ini turut dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memastikan keselamatan motosikal menuju destinasi.

Perkhidmatan sebagai Back Up semasa konvoi turut disediakan.Premis yang terletak di Sungai Besi, Selangor dan menyediakan perkhidmatan 24 jam.

Jika memerlukan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi Abang Zul di talian 018-2032211.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here