Honda Civic EK9, selamba kena titik dengan Daihatsu Mira Gino

2406

Apa yang anda lihat, ini adalah satu video yang sangat luar biasa apabila kereta K-Car boleh memotong Honda Civic EK9 di Litar Antarabangsa Sepang. Berdasarkan video itu, ia adalah acara perlumbaan tempatan iaitu MSF. Jentera K-Car itu pula kelihatan seperti Daihatsu Mira Gino, namun berdasarkan ulasan pengacara mengatakan ia adalah sebuah Perodua Kelisa.

Biarpun ia sebuah Kelisa, sudah pasti enjinnya sudah ditingkatkan pada tahap maksimum untuk menyalurkan kuasa seperti itu.



Pada awal video, jentera kompak itu mengekori rapat Honda Civic EK9, sebelum berjaya memotong di selekoh kesembilan.

Apa yang penting, Daihatsu Mira Gino ini memang betul-betul mantap, selain pemandunya juga sangat handal.

Jom saksikan video di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here