Proton Saga Limosine ini sangat rare dan anda boleh milikinya

349

Unik mengenai model-model Proton terawal dahulu ialah adanya versi limosine. Ini termasuklah Saga, Iswara, Wira dan Perdana generasi pertama. Dan jika anda berkenan memiliki satu hari ini, maka anda bernasib baik kerana ada satu Proton Saga limosine hendak dijual.

Proton Saga Limosine untuk dijual
Proton Saga Limosine untuk dijual

Proton Saga enam pintu ini adalah model tahun 1991 dengan enjin 1.5-liter dan transmisi automatik. Beberapa modifikasi telah dilakukan untuk menjadikan limosine ini lebih sporti.

Warna hijau baru - Proton Saga Limosine

Selain dari sport rim dan warna hijau baharu, limosine ini turut menerima suspensi boleh-laras (adjustable) depan dan belakang, brek cakera belakang dan hab roda dengan lima skru.

Dalaman - Proton Saga Limosine

Menurut pemilik akaun Facebook yang mengiklankan kereta ini, Saga ini telah digunakan untuk membawa orang kenamaan, VIP dan menteri. Terdapat juga corong pendingin hawa di belakang.

Berminat meminang Saga unik ini? Hubungi 0197913595. Harga iklan adalah RM20k dan masih boleh di-nego. Trade-in dan tukar juga diterima.

Komen anda mungkin membantu