Alex Marquez Juara Moto2 – Grand Prix Catalunya

2184

PELUMBA Sepanyol, Alex Marquez yang menunggang Kalex, memenangi perlumbaan Moto2 Grand Prix Catalunya untuk mendahului carta kejuaraan dunia.

Marquez, adik juara MotoGP dunia Marc, mencatat 38 minit 25.678 saat di Moto2 Grand Prix Catalunya untuk mengatasi pelumba Switzerland, Thomas Luthi dengan seorang lagi penunggang Sepanyol, Jorge Navarro, melengkapkan podium di litar Montmelo.Alex Marquez Juara Moto2 Catalunya

Kemenangan itu menyaksikan Marquez merampas kedudukan rakan sepasukan dari Itali, Lorenzo Baldassarri dalam senarai kejuaraan dunia 



Sepanyol turut meraih gelaran dalam Moto3 apabila penunggang Honda, Marcos Ramirez merakam kemenangan sulungnya sekali gus muncul pemenang ke-12 dalam 12 perlumbaan terakhir di litar itu.

Ramirez mendahului rakan sepasukan Honda, Kaito Toba selepas pelumba Jepun itu yang bermula di petak ke-24, terjatuh pada pusingan terakhir.

Alex Marquez

Di sebalik ancaman selekoh terakhir daripada penunggang KTM dari Sepanyol, Aron Canet, Ramirez berjaya memecut ke garisan penamat dalam perlumbaan dipenuhi kemalangan itu.

Canet mendahului kedudukan pelumba, mengukuhkan pendahuluannya daripada tiga mata sebelum perlumbaan kepada 23 mata, dengan pencabar terdekatnya Lorenzo Dalla Porta tidak menamatkan perlumbaan apabila jentera Honda tunggangannya mengalami masalah. 

Dibawah adalah senarai pemenang :
Top ten:
1. Alex Marquez (EG 0,0 Marc VDS) 38m 25.678s
2. Thomas Luthi (Dynavolt Intact GP) 38m 27.667s
3. Jorge Navarro (HDR Heidrun Speed Up) 38m 28.210s
4. Augusto Fernandez (FLEXBOX HP 40) 38m 29.480s
5. Enea Bastianini (Italtrans Racing Team) 38m 33.150s
6. Luca Marini (SKY Racing Team VR46) 38m 39.674s
7. Marcel Schrotter (Dynavolt Intact GP) 38m 40.243s
8. Xavi Vierge (EG 0,0 Marc VDS) 38m 40.631s
9. Sam Lowes (Federal Oil Gresini Moto2) 38m 41.576s
10. Tetsuta Nagashima (ONEXOX TKKR SAG Team) 38m 43.625s

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here