Anda peminat kereta? Wajib lawati Muzium Kereta Sultan Selangor!

8218

Pada April lepas, penulis dijemput Naza Italia untuk menyertai Ferrari Grand Tour 2019. Ia pemanduan lifestyle (gaya hidup) dari Naza Automall PJ menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tetapi dalam perjalanan, konvoi singgah ke Muzium Kereta Sultan Selangor.

Pemanduan ini disertai oleh kira-kira 120 buah Ferrari dan pemilik/pemandu masing-masing yang datang dari Malaysia sendiri, Singapura, Thailand dan beberapa kereta dari Hong Kong.



Semua mereka berkumpul di sini untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-10 Naza Italia, Ital Auto Pte Ltd and Cavallino Motors Co. Ltd iaitu pengedar Ferrari di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Kami kumpulan media pulang selepas sampai ke PICC, namun kumpulan pemilik ini terus ke Litar Antarabangsa Sepang untuk track day malam itu.

Dua kereta disediakan oleh Naza Italia untuk media, iaitu Ferrari Porto Fino dan Ferrari GTC4Lusso T. Ini bukanlah laporan pandu uji Ferrari berkenaan, namun perkongsian apa yang menarik di muzium kereta Sultan Selangor itu.

Pelbagai bahan pameran seperti kereta, motosikal, aksesori automotif, pakaian dan model skala dipamerkan di sini.

Kereta seperti model-model Ferrari, Porsche, Jaguar, Mercedes, Rolls-Royce yang bersejarah dan dari pelbagai zaman ada dalam koleksi di sini. Penulis hampir meleleh melihat sampel seperti Jaguar E-Type yang sangat cantik.

Di tingkat atas, penulis geram pula melihat pameran model-model skala bersaiz besar seperti 1:8 dari Amalgam. Jemput tonton video dan sedikit galeri yang kami sertakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here