Lamborghini untuk rali? Inilah dia Huracán Sterrato

3698

Kita harus memuji Lamborghini kerena membina sebuah jentera seperti Lamborghini Huracán Sterrato ini.

Lihat saja padanya. Rekaan badan lebih rugged, lampu LED besar untuk jalan berhabuk, ­mud guard, itu sahaja. Lain-lain masih kekal seperti asal, termasuk rim.



Walaupun ia mungkin nampak seperti untuk masuk rali, masih belum ada kepastian untuk itu. Yang pasti, ia tiada masalah untuk melanggar bonggol atau lubang-lubang di jalanraya seperti di Malaysia.

Menurut Lamborghini, Huracán Sterrato ini direka untuk menghubungkan supercar dengan “persekitaran mencabar”.

Enjinnya masih sama, dengan 5.2-liter V10 dan 630hp. Sistem pacuan LDVI (Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata) telah ditala semula untuk memberikan karakter pemanduan lebih RWD (pacuan roda belakang).

Dalam erti kata lain, cari selekoh di permukaan berpasir, tekan saja pedal minyak. Talaan LDVI ini membantu kestabilan semasa oversteer.

Suspensi Sterrato dinaikkan sebanyak 47mm berbanding Huracán Evo biasa, dan Lamborghini juga meningkatkan sudut pendekatan depan dan belakang.

Fender tayar yang lebih lebar itu diberikan lubang kemasukan udara khas untuk memberikan aerodinamik lebih baik kepada tayar di kelajuan tinggi.

Terdapat juga perlindungan bawah badan khas, dan plat di belakang yang berfungsi sebagai diffuser. Komponen aluminium diintegrasikan dengan bingkai depan yang dilindungi oleh perlindungan bawah badan.

Sangkar guling (roll cage) menghiasi ruang dalam kereta ini, dengan tempat duduk karbon, tali pinggang four-point dan panel lantai aluminium.

Menurut bos teknikal Lamboghini, Maurizio Reggiani, pasukan rekabentuk dan R&D Lamborghini sentiasa menerokai peluang baharu dan memberikan sesuatu yang tidak dijangka sebagai karakteristik utama DNA kami.

Imej: Top Gear

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here