Honda Malaysia umum kemaskini butang tombol gear Honda CR-V 2018

1597

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan kempen kemaskini produk melibatkan 7,050 unit Honda CR-V 2018 untuk menggantikan butang tombol gear.

Kemaskini Honda CR-V 2018 ini bertujuan untuk mengatasi kemungkinan pelanggan mengalami kesukaran mengubah tombol gear CR-V dari posisi Parking ke gear-gear lain.



Penggantian butang tombol gear ini adalah percuma tanpa sebarang kos dan semuanya akan dijalankan oleh Honda Malaysia.

Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu melalui surat yang mengandungi segala keterangan. Pelanggan yang menerima surat ini dinasihatkan untuk membawa kenderaan mereka ke pengedar Honda berdekatan yang sah untuk pemeriksaan.

Semua model yang sedang dijual tidak terlibat dalam kempen kemaskini ini, dan Honda Malaysia akan terus menjalankan kawalan kualiti terbaik untuk pelanggan. Honda Malaysia juga menzahirkan kemaafan di atas segala kesulitan yang dihadapi pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here