Talaan ringkas tambah 85hp dengan mudah pada Toyota Supra baharu

1605

Litchfield Motors yang dikenali dengan Nissan GT-R 631hp kini mempunyai “permainan” terbaharu mereka iaitu Toyota Supra 2019. Ini bukanlah kejutan kerana kereta prestasi Jepun biasa mempunyai ruang untuk naiktaraf dan modifikasi. Syarikat talaan British itu berjaya mendapat lebih kuasa dari Toyota Supra baharu dengan hanya satu talaan ringkas ECU.

. Selepas remap, Supra Litchfield itu kini menjana 420hp dan 570Nm tork, iaitu 85hp dan 97Nm lebih dari 335hp dan 500Nm asal. 



Usaha ini bukanlah begitu bersungguh sangat dan walaupun menggunakan enjin BMW, unit 3.0-liter ini sengaja Toyota biarkan supaya mempunyai banyak potensi untuk naik taraf.

Litchfield tidak berhenti di situ. Selain dari talaan ECU, syarikat itu kini bekerjasama dengan Milltek dan Akrapovic untuk menaiktaraf paip tengah dan sistem ekzos, dengan sasaran 450hp atau lebih.

Banyak yang kita boleh jangkakan dari modifikasi dan naiktaraf oleh Litchfield ini. Syarikat itu turut membangunkan penyejuk minyak untuk enjin dan naiktaraf casis serta suspensi Toyota Supra baharu dengan melibatkan Bilstein dan KW.

Sama-sama kita nantikan hasil penuh kerja Litchfield ke atas projek terbaharu mereka ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here