Porsche 360 Leasing diperkenal untuk Cayenne and Panamera

1511

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini memperkenalkan solusi pembiayaan terbaharu mereka, iaitu Porsche 360 Leasing semasa acara Sportscar Together Day baru-baru ini.

Program khas untuk Cayenne dan Panamera itu membolehkan pelanggan memandu pulang Porsche baharu setiap tiga tahun dengan hanya 10 hingga 25 peratus deposit sekuriti yang akan dipulangkan semula, bergantung kepada nilai kenderaan.



Semasa tempoh tiga tahun itu, pelanggan hanya perlu membayar bayaran pajak yang memberikan peluang kepada mereka untuk melabur dan menyimpan dana mereka. Jadi, tidak perlu menanggung kos keseluruhan sesebuah kereta itu.

Di akhir tempoh pajakan, pelanggan mempunyai pilihan untuk menaiktaraf kenderaan mereka kepada model lain untuk mencuba pengalaman memandu lain, atau menaiktaraf model terkini jenis sama.

Kepada mereka yang sudah mula suka atau sayangkan kenderaan itu, boleh memilih untuk memanjangkan tempoh pajakan dan kemudian mendapat hak milik ke atas kenderaan itu.

Atau, mereka boleh memulangkan kereta itu tanpa perlu risau akan nilai baki atau komitmen tambahan lain.

Sebagai tambahan, kesemua model Porsche di bawah program 360 Leasing akan disokong oleh pakej jaminan dan penyelenggaraan termasuk servis, alat ganti dan upah oleh Porsche Service Centre sah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here