Mazda MX-5 RF kini dipertingkat untuk 2019

1119

Mazda MX-5 RF telah dipertingkatkan untuk 2019, dengan pelbagai tambahan kepada ciri keselesaan, kemudahan dan juga prestasinya.

Roadster hardtop ini kini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto secara standard. Fungsi ini boleh diakses melalui sistem infotainmen Mazda Connect.



Kemaskini lain termasuklah rim 17-inci hitam metalik baharu dan roda stereng teleskopik dengan 42mm pelarasan.

Walaupun Mazda MX-5 bukanlah mengenai kuasa, namun tidak salah berikan sedikit umph, bukan? Jadi jurutera Mazda telah memberikan 17% lebih kuasa kepada enjin SkyActiv-G 2.0-liter itu, jadi ia kini menghasilkan 181hp dan 205Nm tork.

Lengkuk tork juga telah ditambah baik, memberikan pemanduan lebih bersahaja.

Mazda MX-5 RF ini hadir dalam unit CBU (diimport sepenuhnya) dan ditawarkan dalam dua pilihan transmisi, iaitu automatik 6-kelajuan dengan mod Manual Shift, serta 6-kelajuan manual (syukur).

Kereta ini dijual pada RM259,154 dan dilindungi jaminan lima-tahun dan pakej servis, penyelenggaraan, alat ganti serta upah percuma selama lima tahun.

Terdapat tujuh warna pilihan, iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Snowflake White Pearl, Eternal Blue, Ceramic Metallic dan Artic White.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here