Lima pemotong rumput maut dirempuh pemandu wanita Malaysia

1888

Lima pemotong rumput maut, manakala seorang lagi parah apabila dirempuh kereta dipandu rakyat Malaysia di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, petang tadi.

Bangkok Post melaporkan, kejadian itu berlaku 3 petang ketika semua mangsa berehat selepas memotong rumput di kawasan berkenaan sebelum dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang wanita.



Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang berkata, lima pemotong rumput yang maut dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah.

Menurut laporan itu, kereta berkenaan dipandu wanita berusia 31 tahun dari Kelantan dan dinaiki dua penumpang wanita lain, juga rakyat Malaysia.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan dan siasatan mendapati mereka dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai.

Hasil siasatan mendapati pemandu itu melanggar sesuatu mengakibatkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu merempuh kumpulan pekerja terbabit.

Kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Songkhla.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here