Harley Davidson perkenal model FXDR 114

988

Kepada penggemar motosikal jenama Harley-Davidson, anda kini memiliki lebih banyak pilihan memiliki motosikal jenama itu apabila FXDR 114 diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia.

Harley-Davidson FXDR 114 adalah motosikal yang sarat dengan kelebihan teknikal yang menjadi ‘cruiser’ berkuasa sebagai penanda aras dalam barisan model keluarannya.

Permulaan harga pada RM122,500, FXDR 114 menggabungkan kuasa enjin model Milwaukee-Eight 114 dengan penggunaan liberal menerusi teknologi aluminium ringan dan komponen komposit.



Lebih menarik, untuk model FXDR 114, pembeli yang mendaftar sebelum 30 November ini layak menerima Screamin’ Eagle Titanium Muffler. Baucar barangan am bagi kelengkapan menunggang motosikal bernilai RM4,200.

Memberi tumpuan kepada pengurangan berat, FXDR 114 menggunakan aluminium pemegang gandar 4.62 kilogram (km), 43 peratus lebih ringan berbanding pemegang gandar keluli Softail.

Tork tinggi

Penggunaan pemegang gandar aluminium memberi kesan kepada impak prestasi suspensi belakang dan ia diperkemaskan lagi dengan roda belakang aluminium 18 inci ringan, manakala depan roda aluminium Ace 19 inci.

pandangan sisi jentera Harley Davidson perkenal FXDR 114

Menggunakan enjin V-Twin Milwaukee-Eight 114 ia mampu menghambur kuasa 158 Nm pada 3,500 rpm.

Reka bentuk mendepani udara adalah diinspirasikan oleh Juara Dunia motosikal ‘drag’, Screamin’ Eagle/Vance & Hines yang direka untuk meningkatkan aliran udara ke enjin.

Rekaan ‘head’ silinder empat injap termaju yang melengkapkan FXDR 114 selain dwi-sensor. Manakala penyejuk pelincir pada nisbah tekanan 10.0:1 . Ia tork dan daya pecutan daripada kedudukan pegun sehingga pendikit dipulas.

FXDR 114 ditawarkan dengan pilihan warna Vivid Black, Black Denim, Industrial Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim dan Rawhide Denim.

Info:

Harley-Davidson FXDR 114

– Harga jualan bermula RM122,500

– Enjin V-Twin Milwaukee-Eight

– Tork 158 Nm @ 3,500 rpm

– Kapasiti tangki 16.7 liter

– Dwi- brek cakera 300mm

– ABS

– Tayar Michelin Scorcher 11

– Lampu depan LED

– Sistem Keselamatan Pintar Harley-Davidson

– Port pengecas USB

– Penghidup tanpa kunci

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here