Bekas bos VW Group, Ferdinand Piech meninggal di usia 82 tahun

1228

Bekas bos besar Volkswagen Group, Ferdinand Piech meninggal dunia pada usia 82 tahun, menurut Frankfurter Allgemeine Zeitung dan sumber-sumber media Jerman lain.

Imej: CAR magazine

Piech dilaporkan sedang menghadiri satu acara di Upper Bavaria. Semasa makan malam 25 Ogos, dia tumbang. Dia disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan pada hari berikutnya. Sebab utama kematiannya masih belum diumumkan.



Piech dilahirkan pada 1937, merupakan anak kepada Anton dan Louise Piech. Ibunya merupakan anak kepada Ferdinand Porsche, menjadikannya cucu kepada jurutera automotif terkenal.

Selepas menamatkan pengajian dalam kejuruteraan, dia bekerja di Porsche pada 1963. Projek pertamanya ialah mengetuai pembangunan kereta lumba 906.

Dia kemudiannya menyertai Audi pada 1972 kerana Porsche beranggapan mereka tidak patut ada hubungan keluarga dalam satu syarikat demi nama baik syarikat.

Piech kemudiannya menjadi CEO Volkswagen pada 1993 dan menjadi insan penting dalam pembangunan syarikat itu. Pada 2012, dia akhirnya berjaya menyatukan Volkswagen dengan Porsche.

Pada 2017, dia menjual saham Porsche sebanyak 14.7 peratus dengan nilai $1.2bilion pada masa itu, ekoran skandal penipuan pelepasan asap diesel oleh Volkswagen.

Khabar angin mengatakan bahawa Piech merupakan pembeli hypercar one-off (satu unit sahaja) iaitu Bugatti La Voiture Noire. Dia juga memiliki satu-satunya Porsche 918 dengan bumbung tetap yang tidak boleh dibuka.

Dan pada umur 71 tahun, Piech masih menunggang motosikal Ducati miliknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here