Honda City Special Edition diperkenal, dah ada pembaca tol binaan dalam!

2295

Honda Malaysia telah memperkenalkan edisi istimewa untuk model terlaris mereka, iaitu City. Honda City Special Edition itu ditawarkan dalam dua warna pilihan; White Orchid Pearl dan Passion Red Pearl.

Edisi istimewa City memberikannya ciri yang menambah nilai seperti Digital Video Recorder (DVR), pembaca tol binaan-dalam, visor pintu dan Trunk Organizer.



DVR memberikan ketenangan jiwa dan minda kepada pemandu kerana ianya ciri keselamatan yang merakamkan perjalanan secara langsung, termasuk rakaman di pandangan belakang.

Sementara itu, pembaca tol binaan-dalam memberikan kemudahan kepada pemandu yang kerap melalui plaza tol. Sistem ini tidak memerlukan sebarang bateri, maka tidak perlu lagi pemandu menukar bateri Smart Tag mereka.

Visor pintu diberikan untuk membenarkan penumpang menurunkan sedikit tingkap untuk mengambil udara segar sambal dilindungi dari titisan hujan. Visor ini juga direka agar aerodinamik. Akhir sekali ialah Trunk Organizer dimana ia akan memastikan semua benda di dalam but kekal di tempatnya. Sesuai untuk wanita yang ada banyak kasut!

Perkara lain pada Honda City ini adalah sama seperti pada model biasa, dengan enjin 1.5-liter i-VTEC dengan CVT yang menjadi nadinya.

Honda City Special Edition ditawarkan pada harga RM75,955 untuk Passion Red Pearl dan RM76,075 untuk White Orchid Pearl. Untuk maklumat lanjut, lawati mana-mana wakil pengedar Honda atau hubungi 1-800-88-2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here