Ducati Multistrada 1260GT Ada Radar Kawalan Menunggang?

1367

Ducati Multistrada 1260GT baru dengan ‘Radar kawalan Menunggang’. Adakah akan menjadi kenyataan? Heboh di kalangan media barat, isu Ducati akan melancarkan Multistrada 1260GT dengan teknoloji baru.

Ducati berhasrat ingin menjadi pengeluar yang pertama di pasaran dengan teknoloji ” Radar Kawalan Menunggang”.



Ducati akan melancarkan versi baru Multistrada pada akhir tahun ini tetapi bukanlah V4. Sebaliknya model baru, yang digelar 1260GT.

Model ini tiada banyak perbezaan dengan versi sebelumnya dari segi berat dan dimensi. Diperkatakan ianya menjurus ke arah versi semasa dengan aksesori terkini.

 

Pengurus Inovasi Kenderaan Ducati, Pierluigi Zampieri berkata, “kami berusaha keras untuk menjadi yang pertama memasang Sistem Radar dan kami harus berjaya,”

Dijangkakan Ducati akan memperkenalkan 1260GT pada bulan Oktober. Ada kemungkinan model ini akan tiba di premis wakil penjual Ducati  menjelang musim bunga.

Kredit: MCN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here