Utama Berita Automotif masih terdapat ruang bagi Ferrari

masih terdapat ruang bagi Ferrari

1097

Prinsipal Ferrari, Mattia Binottto percaya masih terdapat ruang bagi Ferrari untuk memberi tentangan dalam misi untuk meraih kemenangan keseluruhan pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Pada awal saingan musim ini, Ferrari berdepan tekanan apabila gagal bertahan dengan asakan pasukan Mercedes selepas Lewis Hamilton meraih lapan kemenangan 1-2 bersama rakan sepasukannya, Valtteri Bottas.



Bagaimanapun, Ferrari kembali bangkit selepas pusingan ke-13 apabila meraih kemenangan dua kali berturut-turut menerusi Charles Leclerc di Grand Prix (GP) Belgium dan Itali.

Menjelang perlumbaan GP Singapura hujung minggu ini nanti, masih terdapat ruang bagi Ferrari dan mereka yakin mampu meraih kemenangan ketiga sekiranya mengekalkan momentum cemerlang.

“Kami tahu, Ferrari ada kelebihan di GP Singapura kerana litar ini kompetitif buat kami. Penting bagi kami untuk tidak melepaskan peluang seperti bahagian pertama musim ini apabila gagal meraih sebarang kemenangan.

“Kami berjaya memanfaatkan kekuatan jentera dalam kedua-dua perlumbaan sebelum ini dan mampu meraih kemenangan. Kami gembira dengan apa yang kami capai ketika ini dan membolehkan pasukan membina semula keyakinan.

“Kemenangan ini pen­ting bagi kami untuk terus membangunkan jentera dan memahami cara mendapatkan keseimbangan terbaik, sekali gus memberi peluang kepada pelumba kami untuk tampil dengan cemerlang pada baki perlumbaan musim ini,” kata Binottto.

Hamilton selesa di puncak carta kedudukan pelumba selepas mengumpul 284 mata dan meninggalkan Leclerc pada kedudukan keempat selepas sekadar mengutip 182 mata manakala Sebastian Vettel di tempat kelima dengan 169 mata.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here