Proton perkenal logo dan slogan baharu

2139

Proton perkenal logo dan slogan baharu yaitu ‘Inspiring Connections’ dalam usaha jenama pengelaur kereta itu menjadi jenama automotif moden global.

Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau tetapi memasukkan semula perkataan Proton.



Kali terakhir Proton menukar logo dan slogannya adalah pada 2016.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton perkenal logo dan slogan baharu itu untuk membuka lembaran baharu terhadap perjalanan syarikat itu.

Beliau berkata, penjenamaan baharu itu dipacu oleh tiga nilai teras iaitu teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.

“Lambang harimau dikemaskini dengan sentuhan warna perak dan penghasilan lebih mantap bagi mewakili jati diri Malaysia.

“Dengan reka bentuk yang unik, logo ini memaparkan kepala harimau yang diangkat tinggi seperti anak panah yang melambangkan kejayaan kami untuk terus maju ke hadapan,” katanya selepas pelancaran logo dan slogan baharu.

Mengulas lanjut, Syed Faisal berkata, kejayaan syarikat itu adalah mencatatkan pertumbuhan 36 peratus walaupun pasaran menyaksikan penurunan lima peratus dari segi keseluruhannya.

Malah katanya, syarikat ini menjadi pengeluar tunggal yang merekodkan pertumbuhan dua digit pada 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here