Honda bakal tamatkan jualan kereta enjin diesel menjelang 2021

1388

Honda bakal tamatkan jualan kereta enjin diesel menjelang 2021 bagi memberi laluan kepada model dilengkapi sistem pendorongan elektrik, ketika mana syarikat automotif Jepun itu berusaha mengelektrikkan kereta Eropah menjelang 2025.

Honda adalah syarikat automotif terkini mengurangkan pengeluaran kereta diesel bagi memenuhi peraturan pelepasan global yang ketat.



Rancangan Honda bakal tamatkan jualan kereta enjin diesel menjelang 2021 itu adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang menjadikan kereta elektrik, termasuk semua kenderaan bateri-elektrik, menyumbang dua pertiga daripada pendapatan syarikat menjelang 2030 daripada kurang 10 peratus ketika ini.

Menjelang tahun depan, menurut sasaran pelepasan asap kenderaan Kesatuan Eropah, karbon dioksida (CO2) perlu dikurangkan kepada 95 gram bagi setiap kilometer ke atas 95 peratus kereta yang ada daripada purata 120.5 gram ketika ini.

Semua kereta baharu memasuki pasaran EU mesti patuh peraturan itu pada 2021.

Bagi Honda, penyusutan permintaan terhadap kenderaan diesel dan peraturan pelepasan ketat telah memalapkan prospek pembuatannya di Eropah.

Honda Februari lalu berkata, ia akan menutup satu-satunya kilang kereta British pada 2021 dengan anggaran kehilangan 3,500 pekerjaan.

Pengeluar kenderaan nombor tiga terbesar Jepun itu berkata ia akan mengurangkan bilangan varian model kereta kepada satu pertiga daripada penawaran semasa menjelang 2025, mengurangkan kos pengeluaran global sebanyak 10 peratus dan mengalihkan penjimatan itu ke arah penyelidikan dan pembangunan yang lebih maju.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here