BMW Group Financial Services Malaysia anjur malam penghargaan rai pelanggan

1490

BMW Group Financial Services Malaysia telah menganjurkan Malam Apresiasi Pelanggan 2019 (Customer Appreciation Night 2019) untuk memberi penghargaan kepada pelanggan serta rakan kongsi setia mereka.

Lebih daripada 185 hadirin yang meliputi pelanggan korporat bertaraf tinggi serta rakan kongsi perniagaan kehormat bagi jenama automotif premium ini diraikan dengan hidangan makan malam dan ia dilengkapi dengan santapan hiburan yang menggirangkan. Ada antara mereka yang membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang merangkumi barangan eksklusif daripada BMW.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tobias Eismann berkata, “Rentetan daripada kolaborasi yang dijalin bersama pelbagai peneraju industri selama ini, BMW Group Financial Services Malaysia dapat membangunkan sebuah ekosistem yang membolehkan pelanggan individu dan korporat untuk memanfaatkan perniagaan dan solusi-solusi mobiliti kami yang ekstensif di Malaysia.

“Kami sedar bahawa kejayaan kami dipacu oleh kesetiaan para pelanggan kami, dan malam ini ditujukan untuk meraikannya – hubungan yang dimeterai dengan pelanggan korporat dan rakan kongsi selama ini. Keluarga besar BMW yang diraikan ini merupakan landasan kepada kejayaan kami dan ia menjadikan kita lebih teguh bersama.”

Kerjasama luar

BMW Group Financial Services Malaysia menjalin kerjasama dengan pelbagai peneraju industri seperti Allianz, Tokio Marine, Paynet dan Celcom yang kesemuanya telah menghadiri acara tersebut. Solusi-solusi yang ditawarkan oleh agensi ini menerusi jalinan kerjasama dengan peneraju-peneraju industri berkenaan meliputi pembiayaan, insurans, solusi gerombongan, serta keperluan mobiliti yang lain.

Antara kerjasama yang dibuat baru-baru ini ialah bersama Paynet dan Citibank untuk menawarkan bantuan digital bagi pembiayaan yang digelar ‘e-Direct Debit’, yang kini boleh didapati oleh pelanggan individu serta ia boleh diakses oleh pelanggan korporat pada suku pertama tahun 2020.

BMW Group Financial Services Malaysia juga menawarkan Corporate Mobility Solutions (CMS) bersama BMW Group Malaysia, sebuah inisiatif yang membekalkan perkhidmatan bersesuaian untuk keperluan mobiliti badan-badan korporat. Pelanggan kehormat perkhidmatan ini terdiri daripada syarikat-syarikat multinasional dan juga syarikat-syarikat tempatan.

“Dalam sebuah dunia yang terhad dari segi mobiliti, kami di sini sedang membuka haluan untuk memudahkan mobiliti diakses oleh semua badan korporat di dalam negara. Menerusi sokongan rakan kerjasama kami, saya percaya kita sedang mendepani sebuah ikhtiar demi kebaikan semua, dengan melahirkan solusi-solusi mobiliti yang lebih inklusif di Malaysia,” ujar Eismann.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here