Dasar automotif kebangsaan 2019 akan diwartakan September ini

1252

Dasar Automotif Nasional (NAP) baharu yang disemak semula dijangka akan diumumkan pada suku kedua 2019, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming. Di mana NAP baharu ini bakal memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan daya saing industri melalui trend teknologi masa depan.

Katanya lagi, ia juga akan merangkumi Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan dan Industri 4.0 serta juga, kecerdasan buatan.

“Kajian tersebut akan memberi tumpuan kepada arah mobiliti yang baharu serta trend dalam corak pemanduan. Dan ia juga boleh disesuaikan mengikut penambahbaikan dalam pengangkutan awam termasuk menerokai pembangunan vendor dalam ekosistem berkaitan. Katanya kepada pemberita semasa Bengkel Pembangunan Bandar dan E – Mobiliti anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini.



Dalam perkembangan lain, Kian Ming berkata Jerman adalah rakan kerjasama yang ideal kepada Malaysia dalam melaksanakan inisiatif ekosistem e-mobiliti memandangkan industri automotif tempatan sedang bergerak ke hadapan dengan pelaksanaan kenderaan elektrik dan teknologi baharu.

Beliau berkata, syarikat Jerman boleh menyumbang melalui pengetahuan teknikal dan profesional. Untuk menerajui standard yang tinggi bagi mencapai daya saing global. 

“Di samping itu, Jerman terkenal dengan dedikasi dan kejayaannya dalam tenaga boleh diperbaharui. Dengan 35% daripada tenaga elektrik dijana daripada tenaga boleh diperbaharui untuk kuasa kenderaan elektrik,” katanya.

Dasar Automotif

Ong berkata terdapat kira-kira 30 juta kenderaan berdaftar di Malaysia dan jumlah itu dijangka meningkat berganda menjelang 2030. Justeru, Malaysia mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan dengan meningkatkan tahap kecekapan bahan api di Malaysia menjelang 2025, selaras dengan Pelan Hala Tuju Ekonomi Bahan Api ASEAN sebanyak 5.3 liter per 100 km.

Pengurangan daripada pelepasan karbon adalah sejajar dengan pembangunan ekosistem e-mobiliti di Malaysia dan katanya lagi. Dengan kerjasama antarabangsa adalah amat penting untuk merealisasikan sasaran tersebut. Itulah antara dasar automotif yang mungkin dilaksanakan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here