KRISS 110 – Keluaran Terkini MODENAS

5930

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (DRB-HlCOM) telah melancarkan model KRISS 110 baru-baru ini.

Modenas berharap pengeluaran model baru ini dapat memperluaskan penawaran Modenas kepada berjuta-juta penunggang motosikal di negara ini.



KRISS 110, motosikal empat lejang dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km, yang mana lebih awal.

Model dengan penawaran gaya premium tanpa harga yang tinggi. Mendapat piawaian pelepasan Euro 3 sepenuhnya.

Ketinggian tempat duduk 755mm, memudahkan kepada mereka yang baru berjinak dengan motosikal. Kapasiti bahanapi 4.21 liter.

Jentera ini juga dilengkapi dengan drum brek depan dan belakang. Serta Reka bentuk lampu sporty.

Harga yang ditawarkan terlebih dari mampu milik iaitu RM 3,377(tanpa Cukai jalan/insuran/caj pendaftaran)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here