Piaggio kalah saman berhubungkait hak paten dengan Zhejiang Zhongnen

1554

Piaggio kalah saman berhubungkait hak paten dengan Zhejiang Zhongnen (ZNEN). Zhejiang Zhongnen (ZNEN) adalah pembuat Skuter dari China. Dalam kes tersebut, Piaggio berhujah bahawa hak harta inteleknya untuk skuter Vespa LX telah diciplak oleh Zhejiang. Pihak Piaggio berkata, model LX telah wujud sejak tahun 2005.

EUIPO(European Union Intellectual Property Office). Satu badan yang  bertanggungjawab untuk menguruskan tanda dagangan EU dan reka bentuk Komuniti berdaftar. Bertindak menangani kes tersebut.

Vespa LX yang dikatakan diciplak oleh Zhongnen

Piaggio kalah saman berhubungkait hak paten dengan Zhejiang Zhongnen bermula dari aspek tuntutan dari Piaggio yang melibatkan tiga reka bentuk melengkung Vespa LX. Model keluaran tahun 2006.



Kes tersebut telah di ajukan kepada EUIPO oleh Piaggio pada tahun 2014 dengan alasan reka bentuk mereka  telah diciplak.

EUIPO telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu pelanggaran “PATEN” seperti yang didakwa oleh Piaggio terhadap Zhongnen(Znen) adalah tidak tepat dan berbeza rekabentuknya.

Perbezaan garis-garis yang terdapat di Skuter keluaran Zhongnen jauh tersasar jika dibandingkan garis-garis yang terdapat pada model Vespa LX.

Skuter keluaran Zhongnen garis-garisnya adalah bersudut. Sementara garis-garis yang terdapat pada Vespa LX  adalah jelas.

Skuter Keluaran Zhomgnen semenjak 2010

Sementara Zhongnen telah patenkan reka bentuknya pada tahun 2010.

Pihak EUIPO juga berkata, tanpa melihat lambang atau logo jenama, perbezaan garis-garis tersebut sudah cukup bagi mengenal pasti asal usul Skuter tersebut.

Keputusan muktamad dari EUIPO, Zhongnen tidak menyalahgunakan reka bentuk Vespa LX kerana perbezan yang begitu ketara.

Reka bentuk Zhongnen yang dikemukakan kepada EUIPO terlihat seolah-olah ia mungkin telah dipengaruhi oleh reka bentuk Vespa klasik, tetapi garis-garis tidak lurus.

Piaggio terpaksa menanggung kos Mahkamah ekoran kalah dalam prosiding saman tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here