Pusat servis Hino di Kuala Terengganu dinaiktaraf kepada 3S

2282

Sebuah wakil pengedar bertauliah di sini telah dinaiktaraf menjadi 3S untuk memberikan pelanggannya jualan, servis dan alat ganti dalam harapan memberikan pelbagai faedah.

Terletak di Lot 903 K, Kawasan Perindustrian Chendering, ia kawasan strategik kerana ianya merupakan satu hab industri di ibu negeri Terengganu itu dimana banyak warehouse dan kilang menjalankan operasi mereka.



Pusat 3S ini mempunyai keluasan 1,404 kaki persegi dan dioperasikan oleh Sumai Engineering Sdn Bhd.

Pembukaan pusat 3S terbaharu itu dirasmikan oleh ahli-ahli lembaga pengarah dari kedua-dua syarikat (Hino Malaysia dan Sumai Engineering) bersama tetamu istimewa, ahli parlimen Kuala Terengganu, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim.

Selain membariskan model-model trak, pusat 3S itu juga berfungsi sebagai pusat sehenti dari masa trak dijual sehingga sepanjang tempoh masa penyelenggaraannya.

Antara fasiliti untuk pelanggan di situ adalah 10 tempat servis kenderaan dan kawasan menunggu lengkap dengan makanan, minuman dan WiFi percuma.

Dengan pembukaan pusat 3S ini, Hino Malaysia kini mempunyai 37 pusat seumpama itu di seluruh negara. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here