‘BABY MT’ – Akan Lahir Tahun 2020

1984

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa dia “Baby MT’? Kenapa lahir tahun 2020?. Yamaha MT-03 atau lebih dikenali sebagai ‘Baby MT’, merupakan antara model dalam barisan motosikal keluaran Yamaha bagi tahun 2020.

Model yang tidak pernah di jangka akan wujud. Ternyata Yamaha cukup pandai mengatur strategi pengeluaran.



MT-03 dengan perubahan baru iaitu reka bentuk lampu berkembar yang lengkap serta panel LCD baru.

 

Janakuasa sama seperti model YZF-R3. Enjin 321cc  selari dengan enam transmisi kelajuan.

 

Versi Naked dengan maksima bahan api 14 liter. Suspensi baru, jenama Kayaba 370mm di bahagian hadapan dan monoshock preload boleh dilaras di belakang.

 

Rim 17 inci serta di lengkapi dengan cakera tungal 298mm di bahagian hadapan dan cakera tunggal 220mm di belakang.Ia juga ditawarkan dengan ABS.

Kemungkinan sasaran Yamaha bagi model MT-03 ini adalah golongan remaja atau penunggang baru.

Persoalannya bila MT-03 akan dibawa masuk ke Malaysia? Lazimnya negara jiran Indonesia dan Thailand menjadi pilihan pengeluar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here