Grab bakal didenda RM86.7 juta?

1753

PENGENDALI e-hailing, Grab terkejut dengan keputusan cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang memungkinkannya berdepan denda lebih RM86.7 juta berikutan penyalahgunaan kedudukan dominannya dalam pasaran.

Jurucakap Grab berkata, pihaknya mematuhi sepenuhnya Akta Persaingan 2010 dan tidak menjangka akan menerima keputusan cadangan berkenaan hari ini.



“Pasukan peguam kami sedang mengkaji keputusan cadangan berkenaan.

“Kami percaya ia adalah amalan biasa bagi perniagaan untuk menentukan ketersediaan dan jenis pengiklanan pihak ketiga di platform masing-masing mengikut keperluan dan maklum balas pengguna.

“Kami akan menyerahkan representasi bertulis kepada MyCC pada 27 November nanti,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Pagi ini, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail mengumumkan keputusan cadangan itu selepas proses siasatan terhadap pelbagai aduan yang diterimanya sejak penggabungan Grab dan Uber pada penghujung Mac 2018 selesai.

Menurutnya, pihaknya memberi Grab tempoh 30 hari bermula hari ini bagi mengemukakan representasi pembelaan terhadap keputusan cadangan terbabit sebelum keputusan akhir dikeluarkan.

Dalam keputusan cadangan MyCC, syarikatb itu didapati menyalahguna kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa. Iaitu membataskan pemandu daripada mempromosi dan menyediakan khidmat iklan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media. 

Menurutnya, MyCC bercadang mengenakan penalti kewangan berjumlah RM86,772,943.76 terhadap pengendalian e-hailing itu.

Ia tidak termasuk penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari bermula daripada hari penyerahan keputusan cadangan iaitu hari ini. Sekiranya mereka gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC untuk menangani isu persaingan berkaitan.

“Ini bukan keputusan akhir. Mereka mempunyai peluang untuk mengemukakan pembelaan termasuk untuk meminda klausa dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Keputusan cadangan itu selaras Seksyen 36 Akta Persaingan 2010 (AP2010). Manakala, pengenaan klausa berkenaan oleh Grab didapati melanggar Seksyen 10 AP2010.

Apa itu Grab ?

Seperti mana aplikasi Uber, syarikat itu juga mendapat sambutan baik daripada masyarakatDi Malaysia, ia diperkenalkan sekitar bulan Ogos 2015. Jadi ia adalah pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan pengangkutanSetakat ini, perkhidmatan itu berada di banyak bandar sejak diperkenalkan di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here