Kit AC Schnitzer untuk BMW Z4 dan Toyota Supra: Mana lagi gempak?

2184

Seperti diketahui semua, AC Schnitzer sejak kewujudannya, telah menjadi pembekal aftermarket untuk modifikasi BMW.

Tapi, ia juga bukan rahsia bahawa Toyota Z4 2019 dan Toyota Supra 2019 berkongsi komponen yang sama.



Jadi, apabila AC Schnitzer mengumumkan mereka telah menghasilkan aksesori kosmetik dan mekanikal untuk Z4, ia bukanlah perkara baharu. Tetapi buat kali pertama, syarikat itu turut menghasilkan komponen Supra.

Boleh dikatakan bahawa bahagian belakang Supra ialah sudut paling menarik kereta itu, dan patut dibiarkan begitu sahaja. Sebuah GT wing tidak begitu kena padanya.

Sebuah spoiler dua-lapisan pada Z4 pula mempunyai kesan lebih positif – memberikan lebih kegarangan kepada bahagian belakang yang sudahpun menggoda.

Kedua-dua kereta mendapat rim yang sama, dan dikemaskan dengan splitter depan, skirt tepi, suspensi boleh-laras, dan peredam ekzos sport hitam atau sport karbon.

Di dalam, paddle-shifters aluminium nampak seperti aksesori paling agresif untuk Z4 dan Supra, seperti diambil dari kereta lumba dan terus dipasang sebagai barangan OEM.

Cuci mata anda dengan galeri Toyota Supra dan BMW Z4 yang menerima kemasan AC Schnitzer di bawah. Mana satu lebih menarik?

BMW Z4

Toyota Supra

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here