BMW Z4 2019 dipertonton, anggaran harga RM460k

93

BMW Malaysia turut membuat kejutan pada pelancaran BMW 3-Series G20 dengan mempertontonkan Z4 serba baharu.

BMW Z4 G29 itu bakal dilancarkan secara rasmi pada Mei nanti. Harga anggaran adalah sekitar RM460k.

Untuk varian M40i ini, ia dikuasai oleh enjin 3.0-liter enam silinder sebaris dengan 340hp dan 500Nm tork. Prestasi 0-100km/j ialah sekitar 4.5 saat dengan kelajuan maksima 250km/j.

Di pasaran lain, terdapat juga varian Z4 30i dengan enjin 2.0-liter turbo empat silinder, menghasilkan 258hp dan 400Nm tork. Kedua-dua model mendapat transmisi automatic lapan-kelajuan dari ZF. Dan sudah tentu, pacuan roda belakang.

Unit hitam dengan stereng kiri ini dilengkapi dengan suspensi M Sport, brek M Sport, pembeda (differential) belakang M Sport dan fungsi Launch Control.

Apa pendapat anda mengenai Z4 ini? Adakah Toyota Supra nanti juga akan berharga sekitar RM400k?

Komen anda mungkin membantu