Perkhidmatan bas Cityliner di Kelantan mula operasi semula

3267

Perkhidmatan bas henti-henti Cityliner kembali beroperasi seperti biasa mulai hari ini selepas para pemandu bas telah melancarkan mogok selama 2 hari.

Perkhidmatan bas henti-henti di Kelantan dilaporkan lumpuh hari ini selepas lebih 100 pemandu bas Cityliner melancarkan mogok. Hal ini dipercayai kerana para pekerja tidak menerima gaji sejak dua bulan lepas.



Tindakan tersebut menyebabkan 60 hingga 70 bas yang sepatutnya beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari tidak kelihatan beroperasi di jalan raya.

Namun pada hari ini, melalui gambar kiriman Facebook milik Muhammad Muhammad, menyatakan bahawa operasi bas henti-henti yang tidak berjalan selama 2 hari itu telah memulakan semula operasinya pada hari ini.

Orang ramai dan para pengguna bas di Kelantan sudah tentu lega dengan keputusan ini. Ini memudahkan pengguna di Kelantan kerana bas juga merupakan pengangkutan utama yang digunakan di Kelantan selain kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here