Jorge Lorenzo kemungkinan kembali ke MotoGP sebagai pengulas

1929

Jorge Lorenzo berkata beliau kemungkinan akan kembali ke paddock MotoGP pada tahun depan. Muncul spekulasi bahawa Lorenzo akan menjadi pelumba ujian, selain itu dikhabarkan juga akan menjadi pengulas perlumbaan di TV. 

Jorge Lorenzo kemungkinan kembali ke MotoGP

Juara dunia lima kali itu mengumumkan persaraannya dari dunia perlumbaan MotoGP pada bulan November lalu.



Tidak lama selepas itu, Jorge Lorenzo kemungkinan kembali ke MotoGP pada tahun depan, tetapi sebagai apa.

Dikhabarkan, Jorge Lorenzo ditawarkan sebagai pelumba ujian untuk Yamaha atau akan menjadi pengulas di stesen TV Sky dan BT Sports.

Jorge Lorenzo kemungkinan kembali ke MotoGP

Dipetik dari gridoto.cpm, Jorge Lorenzo kemungkinan besar akan dilihat sebagai pengulas TV di paddock MotoGP. Seperti pelumba MotoGP yang terdahulu, Alex Criville, Neil Hodgson, Colin Edwards dan Stefan Bradl.

Dikabarkan, Sky Itali mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengurus Jorge Lorenzo, Albert Valera.

Jorge Lorenzo yang tinggal di Ticino di Switzerland, juga fasih berbahasa Itali. Tetapi Lorenzo, yang pernah menjadi musuh Valentino Rossi di litar, kurang popular di Itali.

Itulah sebabnya stesen TV BT Sports, mendekati pelumba dari Sepanyol yang berusia 32 tahun itu. BT Sports telah menunjukkan minatnya sejak di Valencia.

Di BT Sports, empat bekas pelumba, Colin Edwards, Neil Hodgson, Keith Huewen dan Michael Laverty, sudah bergelar pengulas.

Juara dunia MotoGP dari Sepanyol itu akan memberikan maklumat mengenai masa depannya selepas 31 Disember 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here