Dedah ada Kancil saja, Black Hanifah bersyukur

3255

Penyanyi dikenali Black Hanifah, sememangnya bakat selebriti ini dalam industri hiburan tanah air tidak dinafikan hebat dan dia merupakan diantara selebriti yang bukan calang-calang.

Black Hanifah

 



Meskipun, Black ini merupakan selebriti popular dan tidak perlu lagi diperkenalkan namun sikap merendah dirinya membuatkan netizen semakin meminatinya.

Terbaru pula, Black mendedahkan dirinya mempunyai sebuah Perodua Kancil. Menerusi perkongsian foto, Kancil putih dimiliki Black Hanifah membuatkan dia tetap bersyukur.

Bagaimanapun, rata-rata peminatnya memberikan maklum balas positif buat Black. Ada yang mengatakan ia kereta legend dan sememangnya memudahkan ketika parking kereta.

Ternyata, perkongsian Black ini meraih perhatian peminat dan pengikut yang turut ada memujinya yang mempunyai sikap sempoi.

Dalam pada itu, rakan selebriti yang dilihat rapat dengan penyanyi ini turut meninggalkan komen mengenai kereta berkenaan.

Black Hanifah

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here