Satu set Chevrolet Camaro Bumblebee akan dilelong

5216

Empat buah Chevrolet Camaro ‘Bumblebee’ bakal dilelong dalam satu acara di Barrett-Jackson, Scottdale bulan ini. Kesemua empat buah Bumblebee itu menggunakan warna trademark kuning hitam dan akan dijual secara berkelompok.

Set ini merangkumi Camaro 2010 dari Transformers dan Transformers: Revenge of the Fallen, Camaro 2010 dari Transformers: Dark of the Moon, Camaro 2013 dari Transformers: Age of Extinction dan Camaro 2016 dari Transformers: The Last Knight.



Masih tiada pernyataan mengenai harga permulaan untuk kesemua Chevrolet Camaro Bumblebee tersebut. Bumblebee yang pertama telah membantu mempromosikan pelancaran generasi ke-5 Camaro setelah lapan tahun menyepi. Setelah itu, kereta ini muncul dalam filem Transformers asal dan kereta ini dilakukan sedikit ubah suai sebelum digunakan dalam filem Transformers: Revenge of the Fallen.

Tiada maklumat keseluruhan mengenai setiap kereta ini yang diberikan oleh Barrett-Jackson, namun setiap satu menggunakan enjin V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik. Malangnya, kelompok ini adalah scrap titles iaitu tidak boleh dipandu di jalan raya. Ini menjadikannya hanya sesuai untuk tujuan tayangan dan koleksi. Memang untuk peminat tegar sahaja!

Menarik juga, tiada foto dalaman yang disiarkan dan maklumat lanjut mengenai modifikasi yang telah dilakukan pada kesemua jentera ini. Kesemua hasil lelongan ini dikatakan akan disalurkan kepada Operation Homefront, sebuah badan kebajikan untuk keluarga tentera.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here