Hamawangsa Sutton CS 3500 ialah Ford F-150 Raptor yang boleh anda miliki!

4816

Seperti yang anda mungkin tahu, bapa kepada segala trak pikap Raptor iaitu Ford F-150 Raptor tidak boleh didapati secara rasmi di Malaysia buat masa ini. Namun Hamawangsa Kredit Sdn Bhd ada solusi untuk anda yang inginkannya.

Memperkenalkan Hamawangsa Sutton CS 3500, sebuah F-150 versi stereng kanan untuk pasaran Malaysia. Model ini dipasang secara CKD di Gurun, Kedah dan modifikasi ke stereng kanan dilakukan oleh divisyen Bespoke Clive Sutton.



Hamawangsa merupakan pemegang francais dan pengedar tunggal untuk rantau ASEAN, dan akan mengeksport CS 3500 ke Indonesia, Laos, Myanmar, Vietnam, Singapura, Brunei dan Filipina.

Trak CS 3500 (F-150 Raptor) ini dijana oleh enjin 3.5-liter V6 turbo berkembar yang berkuasa menghasilkan 450 hp dan 691 Nm tork. Enjin ini dipadan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

CS 3500 juga dilengkapi dengan pembeda belakang dengan pengunci elektronik, pembeda depan Torsen dan set penyerap hentak Fox Racing Shox 3-inci. Keseluruhan suspensi adalah jenis long travel dengan 13-inci depan dan 14-inci belakang. Trak ini mendapat rim aluminium 17-inci dengan tayar BF Goodrich All Terrain T/A K02 315/70.

Hamawangsa memberikan CS 3500 komponen off-road seperti bar LED bumbung, lampu LED di gril depan, penutup tonneau elektronik, pakej tunda treler dan tikar lantai all-weather.

Kelengkapan dalaman termasuklah paparan instrumen 4.2-inci, kamera 360-darjah, Active Park Assist, kemasan kulit, kerusi bucket berkuasa, pendingin hawa dwi-zon dan bumbung suria. Kelengkapan keselamatan pula adalah Adaptive Cruise Control, Blind Spot Information System dengan Rear Cross Traffic Alert dan Terrain Management System.

Harganya? RM780,888.00 sahaja. Sutton Monster Truck CS 3500 ini boleh mula ditempah dengan masa menunggu selama 6 bulan. Beberapa pilihan warna, naik taraf kuasa, roda dan aksesori lain turut ditawarkan. Semua unit diberi jaminan 3 tahun atau 60,000 km oleh Nazamax.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here