Zontes dikhabarkan akan masuk Malaysia

2485

Rupa bentuk motosikal Zontes, keluaran Negara China ini,agak menarik dan mampu menyaingi motosikal di segmen yang sama serta bakal mengugat motosikal yang sama kelas dengannya di pasaran negara kita.

Nampaknya kabar angin kemasukan model dari negara Tembok Besar ini akan menembusi pasaran negara kita akan menjadi kenyataan.Siapa pengedarnya dan siapa yang memonopoli pasarannya di negara kita,tunggu pengumuman rasmi.

Berita yang di terima kemungkinan 3 buah model Zontes akan dibawa masuk pada bulan ini. Tester dapat mengagak kemungkinan model-model tersebut adalah:-



1. ZT310-T

Kelibatnya seperti BMW GS jika sekali pandang. Sesungguhnya Zontes klasifikasikannya model pengembara yang ringan.

Apakah model ini saingan kepada segmen kepada jentera “Adventure” kelas permulaan seperti KTNS dan Kawasaki Versys-X yang sudah lama berada di pasaran kita.

2. ZT310-R 

Naked,Model kedua disenaraikan sebagai 310R . Jentera ini kelihatan seperti kacukan antara MV Agusta dan Kawasaki Z800. Ciri-ciri yang paling cemerlang ialah paip ekzos potongan hujung berkembar dan ekor tajam dengan lampu LED tertanam. Ia juga disertakan dengan skrin TFT.

 

3.ZT310-X

Model Sport Touring, selain dari komponen yang sama dengan ZT310-R, ia juga disertakan dengan cermin depan elektrik yang boleh laras. Z310-X ternyata model fairing yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga berkonsep mewah.

Informasi selanjutnya akan kami viralkan selepas pelancaran.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here