Toyota Hiace 2019 – diberi pilihan enjin diesel dan petrol

5796

Toyota telah mendedahkan Toyota Hiace 2019 serba baharu di Filipina. Van yang kini dalam generasi ke-6 itu akan dijual di sana dahulu sebelum mula dibawa ke negara-negara lain. Pelik juga mengapa Filipina jadi negara pertama.

Toyota berkata bahawa Hiace 2019 ini dibina di atas pelantar baharu yang khas untuknya. Ia akan menawarkan ketegaran badan lebih tinggi dan gaya pemanduan yang diperoleh oleh pemandu adalah lebih baik.



Pilihan rekaan badan

Jentera ini datang dengan dua pilihan badan yaitu Normal/Standard Roof dan Long/High Roof. Terdapat 29 konfigurasi tempat duduk boleh dibuat untuk Hiace. Jadi jentera ini boleh disesuaikan dengan keperluan anda seperti van, pelancongan, komuter atau shuttle.

Jentera ini kini direka dengan bentuk semi-bonnet, lebih seperti MPV daripada van tradisional. Bentuk ini biasa digunakan oleh van-van seperti model Ford Transit dan Mercedes Vito.

Kabin

Pada ruangan dalam, papan pemuka diberi rekaan baharu lebih moden. Butang kawalan penghawa dingin disusun lebih dekat dengan unit media untuk penggunaan ruang lebih baik. Roda stereng dan paparan instrumen juga diberi pembaharuan.

Enjin

Toyota Hiace akan dipacu oleh dua pilihan enjin iaitu 2.8-liter turbodiesel atau 3.5-liter V6 petrol. Tiada angka output didedahkan setakat ini. Untuk transmisi pula, pembeli boleh memilih automatik dan manual dengan enam kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here